Lebih ramai menonton, lebih banyak wang untuk dimenangi!

Bandar Utama, 20 Mei 2020 – Portal permainan dan esukan MyGameOn (MGO) buat julung-julung kalinya membawakan MGO Lunchtime Cup, sebuah aktiviti menarik khusus buat orang ramai di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

MGO Lunchtime Cup adalah sebuah kejohanan esukan secara kasual di mana para pemain boleh turut serta hanya dengan berada di rumah masing-masing. Bermula sejak April lalu, MGO Lunchtime Cup dijangka akan berterusan sehingga ke hujung Jun.

Menampilkan permainan PlayerUnknown’s Battleground Mobile (PUBGM), gamers boleh turut serta permainan pertempuran multiplayer dalam talian ini secara mod solo, di mana hanya akan ada satu pemenang bagi setiap minggu.

Kejohanan dalam talian ini membawakan konsep yang sangat mudah. Lebih ramai menonton, maka lebih banyak wang untuk dimenangi, maksimum pada RM500 setiap minggu! Bagi anda yang berminat untuk turut serta, kejohanan dalam talian ini bersiaran secara langsung pada setiap hari Khamis, jam 12 tengah hari di Facebook MyGameOn (www.facebook.com/mygameondotmy).

Tambah menarik, pada setiap minggu, MGO Lunchtime Cup membawakan pengacara yang berbeza terdiri daripada kalangan pemain esukan yang terkenal. Minggu pertama pada 9 April menampilkan Miran Gaming, seterusnya J Hunter, Chuchu Gaming, Vokey Gaming, IronPro Gaming, DaddyHood dan pada minggu ini bakal menampilkan Obot Gaming selaku pengacara!

Sepanjang MGO Lunchtime Cup berlangsung, telah menunjukkan respon positif dari orang ramai di mana setiap minggu menerima jumlah pemain maksimum iaitu seramai 100 orang. Selain itu, bukan sahaja gamers yang turut serta berpeluang memenangi hadiah wang tunai, viewers atau penonton perlawanan secara langsung itu juga berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai menarik, di mana dua orang pemenang akan dipilih secara rawak pada setiap minggu.

Inisiatif MGO Lunchtime Cup ini merupakan idea asal dari penerbit esukan Media Prima, MGO, Fikri Rizal. Menurut beliau, “Kami bawakan MGO Lunchtime Cup ini sebagai salah satu inisiatif mengisi aktiviti bagi orang ramai dan para gamers khususnya sepanjang tempoh PKP ini, di samping dapat menyertai dan bertanding dalam kejohanan kasual dan memenangi hadiah wang tunai”.

Selain itu, MGO juga membawakan segmen khas ‘Borak MGO’, satu segmen terbaru yang memfokuskan perbincangan santai, menampilkan golongan gamers terdiri daripada peminat permainan video dan juga individu-individu terlibat dalam esukan.

Borak MGO diacarakan oleh dua orang peminat game Hazril Md. Nor dan Burhanudin Zamri  yang juga merupakan penulis untuk MGO. Hazril berkata, “Borak MGO pada asalnya dibuat memfokuskan pada isu COVID-19 yang memberi kesan kepada golongan gamers. Menggunakan konsep panggilan video menerusi aplikasi Zoom, kami merekod terdahulu video tersebut dan bukannya siaran langsung. Kebiasaannya, segmen ini juga akan membincangkan karier, pendapat dan cabaran dalam industri selain isu COVID-19”.

Antara tetamu yang terlibat dalam Borak MGO ini adalah Miharu Kenshin, Rose Gaming, Feekz dan Xorn (Geek Fam), Fiera Fendi, Ikuto Radzi, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal  dan ManParang serta Kevin dari Yoodo Gank. Setakat ini, sudah 7 episod disiarkan. Disiarkan secara langsung setiap hari Jumaat, 4 petang di Facebook dan YouTube MGO juga di Faceboook TV9.

– TAMAT-

Muhammad Faisal (Petch)

Executive, Communications, Media Prima Digital

[email protected]

About Media Prima Digital

Media Prima Digital spearheads innovation, digital marketing and technology within the Media Prima Group, Malaysia’s leading fully-integrated media company. It understands the art and science of creating an enduring bond between consumers and brands from a digital perspective and strives to offer a holistic and end-to-end digital solutions encompassing performance marketing, mobile app development, data analytics, social media listening and many more from a 360-degree perspective. The group’s rich intellectual properties and diversified media platforms also allow brands access to mass audiences in a unique and comprehensive manner digitally. For more information, visit www.mediaprimadigital.com.

About MyGameOn

MyGameOn focuses on gaming and esports with a local twist. From event coverages, game reviews, player interviews, media partnerships and so much more! If you have an event you want Malaysia to hear about, let us know!

Working with government bodies such as the Kementerian Belia & Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN), and Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), MyGameOn strives to grow esports and gaming, and to bridge gaming communities, from casual gamers to corporate brands.

Share on
next post