‘Mingguan Esports MGO’ Program Khas E-sukan Terbaru di TV9 oleh Media Prima Digital!

Bandar Utama, 2 Jun 2020 – Media Prima Digital melalui portal permainan e-sukan MyGameOn (MGO), buat julung-julung kalinya membawakan kepada anda satu program terbaru Mingguan Esports MGO (MEMGO) yang bakal bersiaran di TV9!

Program terbaru ini berdurasi selama 30 minit dan bakal bersiaran buat pertama kalinya pada 3 Jun 2020, setiap hari Rabu, jam 10.30 malam, menambahkan sari rancangan pilihan hanya di TV9.

Khususnya buat para peminat esukan di luar sana, MEMGO akan membicarakan mengenai sorotan e-sukan, berita dan perkembangan terkini sepanjang minggu tentang game yang paling banyak dimainkan di Malaysia. 

Rancangan ini akan membawa penonton kepada tiga segmen yang berbeza, mengandungi sorotan kejuaraan yang kebanyakannya tempatan atau mempunyai pasukan tempatan yang mewakili negara.

Tiga segmen tersebut adalah seperti berikut:

  1. Berita – Segala laporan dan berita terkini dari pengumuman pasukan kepada pertandingan.
  2. Sorotan (Highlights) – sorotan play of the week, sorotan kejohanan dan sebagainya.
  3. Temu ramah – Sesi temu ramah bersama tokoh dan pemain industri e-sukan profesional tempatan (menang kejuaraan, persiapan untuk kejuaraan antarabangsa)

Selari dengan konsep TV9 sebagai saluran muda, MEMGO menyasarkan pasaran massa termasuk yang bukan gamers dan gamers kasual. Khalayak sasaran utama adalah komuniti gaming tempatan, para pelajar universiti tempatan, dan kelas pekerja dewasa muda.

Pengurus Besar Kumpulan, Media Prima Digital, Nicholas Sagau berkata, “Rancangan e-sukan yang biasanya terdapat di platform digital seperti ini adalah satu inisiatif untuk mendidik, memupuk dan memberi pendedahan kepada orang ramai dan juga peminat e-sukan. Dengan adanya kandungan e-sukan/ permainan video di televisyen dapat membantu kami meluaskan capaian kepada lebih ramai penonton dalam kalangan peminat ‘game’. Kami amat berbangga dengan Mingguan Esports MGO dan teruja untuk membawa e-sukan ke tahap seterusnya melalui televisyen”.

Jadi jangan lepaskan peluang menonton rancangan terbaru Mingguan Esports MGO yang bakal bersiaran bermula 3 Jun 2020 ini, jam 10.30 malam hanya di TV9!

-TAMAT- 

Media Contact:
Muhammad Faisal (Petch)
Executive, Communications, Media Prima Digital
[email protected]

About Media Prima Digital

Media Prima Digital spearheads innovation, digital marketing and technology within the Media Prima Group, Malaysia’s leading fully-integrated media company. It understands the art and science of creating an enduring bond between consumers and brands from a digital perspective and strives to offer a holistic and end-to-end digital solutions encompassing performance marketing, mobile app development, data analytics, social media listening and many more from a 360-degree perspective. The group’s rich intellectual properties and diversified media platforms also allow brands access to mass audiences in a unique and comprehensive manner digitally. For more information, visit www.mediaprimadigital.com.

About MyGameOn

MyGameOn focuses on gaming and esports with a local twist. From event coverages, game reviews, player interviews, media partnerships and so much more! If you have an event you want Malaysia to hear about, let us know!

Working with government bodies such as the Kementerian Belia & Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN), and Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), MyGameOn strives to grow esports and gaming, and to bridge gaming communities, from casual gamers to corporate brands.

Share on