Saluran YouTube Media Prima dan laman berita NSTP merekodkan jumlah tontonan tertinggi

Petaling Jaya, 1 April 2020 – Perlanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini menyaksikan peningkatan drastik penggunaan video sejak beberapa hari lalu. 7 saluran YouTube paling popular (oleh individu atau kumpulan) dikenalpasti mencatatkan hampir 10% peningkatan penggunaan berdasarkan tempoh seminggu sejak tarikh PKP diumumkan. 

Untuk mengekang penyebaran wabak Corona Virus (Covid-19), pekerja di seluruh dunia telah bekerja dari rumah sebagai usaha untuk mengamalkan pengasingan sosial (social distancing) dan antara kesan dari usaha ini adalah orang awam lebih banyak menghabiskan masa menonton dan membaca kandungan berita secara dalam talian.

Saluran YouTube Media Prima mendahului saluran-saluran lain (Les’ Copaque, Monsta, Didi & Friends, Omar & Hana, Namewee, Astro Group) sebanyak 35%.

Penggunaan kandungan video berita pula meningkat sebanyak 80% (berdasarkan data dari saluran berita YouTube di Malaysia) di mana Buletin TV3 paling banyak ditonton selepas Astro Awani dan Harian Metro. 

Dari enam saluran YouTube Media Prima (TV3MALAYSIA Official, Buletin TV3, EjenAli, Harian Metro, Drama Sangat Official, TV9MALAYSIA Official), majoriti kandungan berita video ditonton melalui saluran YouTube Buletin TV3 dan Harian Metro.

Peningkatan yang paling ketara adalah peningkatan saluran berita dan hal ehwal semasa yang mencatat peningkatan sebanyak 262.3% (TV3), 97.6% (ntv7 & 8tv) dan 48.5% (Berita TV9) bagi tempoh yang sama.

Selain itu, Google Trends juga mencatatkan kadar kenaikan yang tinggi bagi carian kata kunci Berita Harian dan Harian Metro (NSTP) bagi tempoh 3 hingga 25 Mac 2020, meninggalkan Astro Awani, New Straits Times dan Buletin Utama.

Pastinya hanya satu topik yang menjadi keutamaan para rakyat pada ketika ini dan mereka mahu terus dimaklumkan mengenai berita dan perkembangan terkini pandemik Covid-19. 

Sepanjang tempoh PKP yang bermula sejak 18 Mac yang lalu ini juga menyaksikan laman-laman berita dari NSTP berjaya mengekalkan gabungan trafik yang tertinggi berbanding jumlah yang dicatatkan oleh MalaysiaKini, Star Group dan Astro Awani.

Permintaan bagi kandungan hiburan juga tidak terkecuali dari mencatatkan kenaikan penggunaan video streaming yang tinggi selepas sekatan pergerakan memaksa orang ramai untuk berada di dalam rumah.

Menurut laporan dari Malaysian Digital Association (MDA) yang dihasilkan oleh SimilarWeb, jumlah pelawat ke perkhidmatan video streaming tempatan oleh kumpulan Media Prima, Tonton (tonton.com.my) telah meningkat sebanyak 232% dalam trafik berjujukan berbanding perkhidmatan antarabangsa Netflix yang mencatat kenaikan sebanyak 195% pada minggu ketiga bulan Mac. (Rujuk rajah di bawah)

Jumlah pengguna aktif harian bagi aplikasi Tonton juga menunjukkan pertambahan dan merekodkan jumlah peratus kenaikan yang tertinggi berbanding aplikasi video streaming hiburan yang lain seperti Netflix, iFlix, Dimsum, Viu, dan Astro Go.

Antara kandungan bukan berita yang paling banyak ditonton di saluran YouTube Media Prima sejak PKP (16 Mac – 21 Mac) adalah program hiburan I Can See Your Voice Malaysia musim ke-3, drama Seindah 7 Warna Pelangi, Rindu Yang Terindah, Budak Tebing, dan Maaf Tak Indah.

Peningkatan jumlah penonton bagi saluran Gaya Hidup dan Hiburan di YouTube Media Prima bagi tempoh 10 – 15 Mac (Pra-PKP) dan 16 – 21 Mac (ketika PKP) adalah seperti berikut:

Alif & Sofia : 21.9%

TV3 : 11.8%

Drama Sangat : 8.5%

TV9 : 7.5%

Ejen Ali : 7.0%

Sama ada mereka dewasa atau kanak-kanak, pelbagai kandungan yang ditawarkan Media Prima memenuhi semua keperluan dan minat.

Dengan pelbagai program berita harian dan sidang akhbar yang disiarkan secara langsung sepanjang hari di semua platform digital termasuk YouTube, unit berita Media Prima telah bersungguh-sungguh dan sentiasa setia melayani keperluan dan hak rakyat Malaysia untuk dimaklumkan. 

Ini adalah sangat penting berikutan penyebaran berita-berita palsu oleh pihak tidak bertanggungjawab. Seperti yang telah dibuktikan oleh jumlah peningkatan tontonan, seluruh rakyat Malaysia kini lebih berhati-hati dan sedar bahawa tiada apa-apa yang disahkan dan/atau rasmi kecuali dilaporkan oleh salah satu unit berita Media Prima.

Secara ringkasnya, tempoh PKP yang menyaksikan rakyat Malaysia perlu berada di dalam rumah memaksa mereka beralih ke penggunaan digital menerusi pelbagai platform media digital yang sehingga kini mencatat peningkatan penggunaan yang drastik.

Justeru itu, ini merupakan masa yang terbaik bagi setiap pengiklan untuk mengkaji semula strategi pemasaran mereka supaya lebih berhati-hati dan peka ketika waktu sukar ini, sejajar dengan mengalihkan perbelanjaan pengiklanan (ad spends) kepada medium yang lebih relevan, seperti penggunaan media digital.

Di kesempatan ini, kami dari pihak Media Prima Digital dan kumpulan Media Prima secara amnya ingin menyeru supaya semua rakyat Malaysia terus duduk di rumah dan kekal selamat. Let’s flatten the curve dan semoga wabak Covid-19 ini dapat beransur pulih dengan segera. 

– TAMAT-

Muhammad Faisal (Petch)

Executive, Communications, Media Prima Digital

[email protected]

About Media Prima Digital

Spearheads innovation, digital marketing, and technology within the Media Prima Group via an integrated and agile approach. With our digital know-how, we strive to offer a holistic and end-to-end digital solution encompassing performance marketing, mobile app development, data analytics, social media listening, and many more.

Our group’s rich intellectual properties and diversified media platforms also allow brands access to mass audiences in a unique and comprehensive manner digitally.

Share on